Saya Ali Hanafiah atau lebih dikenali sebagai cikgu Ali (sebab pernah jadi cikgu bahasa tingkatan 6 sejak 1999 sampai 2007).
Ye, copywriting ni bukan benda mudah. Saya sendiri mula buat bisnes online sejak 2010 lagi menghadapi cabaran nak buat copywriting ni.
Banyak buku dan ebook pasal copywriting saya beli, semata-mata pandai dalam bab copywriting. Tak cukup dengan itu saya juga pergi ke kelas-kelas untuk belajar lebih dekat.
Nak kata pandai lepas tu tak juga. Buat ayat iklan gitu-gitu boleh lah. Tapi saya rasa masih ada yang kurang.Bukan ebook dan buku tu tak bagus. Bukan juga kelas dan sifu tempat saya belajar tu tak bagus…
Belajar dah, tapi waktu apply semuanya ke laut.
Tapi saya tak putus asa…
Saya cuba dan terus cuba hasilkan ayat-ayat iklan.
Daripada iklan yang krik-krik sampailah iklan dapat menarik perhatian orang ramai untuk membeli produk yang dijual.
Daripada iklan untuk facebook ad sampailah kepada surat jualan.
Kalau dikira sejak 2010 sampai sekarang dah lebih 10,000 ayat iklan dah saya hasilkan.
Bukan itu sahaja, formula penulisan iklan ini juga saya kongsikan kepada peserta-peserta yang ingin belajar copywriting.
Alhamdulillah, hasil yang mereka dapat sangat memberansangkan. Bukan sekadar mereka dah mampu menulis ayat iklan tapi ayat iklan yang mereka hasilkan telah membantu mereka meningkatkan jualan.
KITAB COPYWRITING merupakan panduan langkah demi langkah yang mudah untuk orang baru mempelajari ilmu copywriting.
Kitab ini merupakan himpunan formula demi formula copywriting yang saya sendiri guna dari dulu sampai sekarang.
Asalnya formula ini saya gunakan untuk mengajar peserta coaching saya.
Akhirnya formula-formula ini saya kumpul dalam satu ebook dan terhasillah KITAB COPYWRITING ini.
Setiap bab dan topik disusun ikut proses menulis iklan itu sendiri. Anda hanya perlu follow bab awal hingga akhir insyallah akan mahir teknik menghasilkan iklan yang baik. Menggunakan bahasa
Saya gunakan bahasa yang biasa kita gunakan. Anda baca kitab ini akan rasa macam saya bercakap dengan anda je. Tiada istilah pelik-pelik dan susah nak faham.
Setiap topik dan langkah disertakan dengan contoh-contoh sebenarnya. Ia membantu anda lebih mudah faham tentang ilmu yang disampaikan.
Setiap topik akan diberikan aktiviti supaya anda terus dapat mempraktikkan ilmu yang dipelajari.
Paparan kitab ini telah diselaraskan supaya ia mudah dibaca melalui handphone. Jadi anda boleh baca di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang anda perlukan. Kalau nak print pun boleh juga.
Kitab ini tidak membosankan anda sebab latarnya diberikan warna yang menarik dan menjadikan anda rasa segar sewaktu membacanya.
Proses menghasilkan ayat iklan langkah demi langkah
NUR
*Support group dilakukan dalam telegram. Dalam group ini anda boleh bertanya dan juga boleh mohon review ayat iklan yang anda buat. Ia sangat membantu kalau anda sangat perlukan bimbingan untuk buat ayat iklan.